CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 29, 2008

CONGRATES 2 ACAK!!!!!!!!!


nmpknya acak skali lg menunjuk2 dgn keteraannya kpd aku n ma family..wahh acak gua respect


sama lu maa..even kamu sgt suka tdo n kurang study but u still get excellent


result...wahahaha...u know wat acak, i think acak da only one bdak "spastik" yg dpt straight


A's.hahaha..bijak2...i hope u'll suceed in ur life n makes mak ngn ayah olwez hepi..cik beleive dat


mak n ayah trsngt la gumbira skrg nih..we proud of ur success


acaq@matchad@yakwailong@puteh!!!!!!!!!!!!. aku dengan ketidaksabarannya blk kg utk


makan2 besar dgn niat mngmbl ksmptn ats kjayaan acak..tp hampesh..kerakusan aku utk mkn2


musnah bila my kakas call 2mnts lps and she said ayah wanna clbr8 mlm ni terus..waaa!!!


frust.. x pe la ja 2 nama nya x de rezeki(usaha memujuk diri sndiri)ha3..

Friday, December 26, 2008




PANTANG LARANG.....


Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.


Pantang larang

1)Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami
kecacatan.
sebab :Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.



2)Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
sebab :Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.



3)Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
sebab :Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.



4)Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
sebab :Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.



5)Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
sebab :Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan



6)Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
sebab:Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur
makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan



7)Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
sebab :Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung



8)Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
sebab :Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.



9)Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
sebab :Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak danmengelakkan jarum daripada tercucuk tangan



10)Kalau makan nasi kena habiskan...sebab : kalau tidak nasi akan menangis
ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran



11)Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
sebab:untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

PANTANG LARANG SEBELUM BERKAHWIN...lalallalawei!!!!


1)Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.

2)Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.

3)Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

4)Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5)Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

6)Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

7)Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.

8.Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

9.Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

10.Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

11.Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki).

12.Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

13.Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

14.Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

15.Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

16.Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

17.Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

18.Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

19.Elakkan minum minuman keras dan merokok.

20.Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

21.Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

22.Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.

23.Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

24.Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

25.Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

26.Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat.

27.Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

28.Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama.

29.Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

30.Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.

31.Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

32.Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

33.Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.

34.Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

35.Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

36.Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

37.Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

38.Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

39.Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

40.Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

41.Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

42.Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.




PANTANG LARANG ORANG MELAYU KETIKA MAKAN



Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.



Dibawah adalah antara pantang larang orang melayu..banyak lorh... :



1.Makan mencangkung payah dapat rezeki.



2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.



3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.



4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.



5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.



6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.



7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.



8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.



9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.



10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.



11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.



12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.



13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.



14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit









Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:


1 Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.


2 Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.


3 Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.


4 Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.


5.Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.


6.Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.


7.Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.


8.Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.


9.Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.


10.Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.


11.Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.


12.Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.


13.Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.


14.Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.


15.Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.


16.Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.


17.Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.


18.Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang x lama lagi wokey?

bley percaya ke semua2 ni..?hahahhahaha....

PANTANG LARANG

act diz is my 1st time aku blog memblog nih..sblm ni lasum x ambik keysah..juz wanna try something new la even x new sgt bg org lain..heh..out of dated lorh...biasa lr bdak kampung..lgpn subject yg aku ambl sem ni ne buat blog n diz is one of my coursework..so i'll try my best utk create blog yg mayb brguna utk diri aku sndiri n da others jgakla...insyallah.. lgpn tajuk yg aku mendiscuzkan ni iaitu"pantang larang"pon ada kaitan ngn paper yg satu lg LKM400. so aku buat kerja 2 in 1 la ni..weeeee****